ZIKIR DAPAT MENCERAHKAN WAJAH...
Zikir utama adalah yang diucap dengan hati dan lisan secara serentak. Di antara kedua-duanya, zikir dengan hati adalah lebih utama daripada berzikir dengan lisan semata-mata.
Imam al-Ghazali berkata zikir itu terbahagi tiga kategori.:
Pertama – Zikir dengan lisan saja.Kedua – Zikir dengan hati serta lisan secara paksa.
Ketiga – Zikir dengan hati yang dibantu dengan lisan tanpa paksaan.
Menguasai zikir dalam hati dan menumpukannya. Seterusnya Imam al-Ghazali memberikan pandangannya dengan berkata : Yang sedikit faedahnya dan lemah kesannya iaitu apabila lisan berzikir sedangkan hati di dalam keadaan lalai.
Firman Allah Petikan dari Surah al-Ahzab, ayat 35 yang bermaksud :
“Dan orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati) Allah dan orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar”.
“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar dalam Syurga” – Petikan dari Hadis riwayat Muslim.
Hikmat lain adalah berturutan seperti :-
Pertama – Akan mendapat keredaan Allah dan memperoleh ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman dalam jiwa.
Kedua – Menimbulkan kejernihan,
Ketiga – kemanisan pada hati dan wajah.
Keempat – Mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
Ini terbukti dalam menjana kehidupan seharian sepanjang hayat yang kita lalui sama ada kita sedar atau sebaliknya.
Keenam – Mendapat penghormatan dan doa daripada sekalian Malaikat. Memperoleh pohon tamar dalam Syurga kelak, semakin banyak berzikir maka semakin banyak pohon tamar itu untuknya.
Ketujuh – Mendapat nur (cahaya) daripada Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh(kubur) dan juga pada titian sirat nanti.
Kelapan – Dapat membina rumah dan juga istana dalam Syurga. Apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di Syurga.
Kesembilan – Dapat menjadi pendinding dan juga perisai daripada Neraka jahanam. Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
Kesepuluh – Dapat menghalau dan mematahkan gangguan Syaitan terhadap dirinya. Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang dalam hatinya.
Kesebelas – Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit. Dapat menjauhkan dirinya daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
Kedua belas – Dapat menghapuskan dosa kecil serta maksiat kecil . Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu daripada sifat munafik.
Ketiga belas – Apabila seseorang itu menyertai majlis bacaan yassin, tahlil, zikir dan selawat , dia sebenarnya menyertai majlis yang di hadiri oleh Malaikat.
Dengan berzikir juga seseorang itu akan sentiasa diingati oleh Allah sepertimana dalam firmanNya bermaksud : Ingatlah kamu kepadaKu ketika kamu senang dan susah , maka Aku akan mengingatimu.
Teruskan lagi dengan zikir2 munajat
Mulakan dengan surah Al-Fatihah
Maksudnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (YaAllah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkautelah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.“
Zikir Munajat
Maksudnya: “Maha suci Allah dan pujian itu bagi Allah tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Dialah Allah Tuhan yang Maha Besar. “
Diulang sebanyak 33 kali.
Maksudnya: “Allah-Allah-Allah- Allah Ya AllahAllah Ya Allah -Allah Ya Allah-Allah Ya Allah Allah-Allah- Allah Ya Allah Allah-Allah- Allah Ya Allah Allah Ya Allah -Allah Ya Allah-Allah Ya Allah“
Maksudnya: “Maha suci Tuhan (Allah) Tiada kuasa makhluk mengatasi kudrat kekuasaan-Nya, Dialah Tuhan (Allah) di atas singgahsana Arash dengan kerana Esa dan Tunggal, memiliki segala di atas Arash langit dengan senang dan mudah demi kerana kemuliaan-Nya, semua wajah-wajah sujud dan tunduk kepada Nya.“
Maksudnya: “Cukuplah perhitungan ku dengan Tuhan ku yang Maha Mulia, tiada sesuatu yang lain dihatiku selain daripada Allah, nur Muhammad S.A.W.“
Diulang 5 kali
Maksundnya: “Tiada sesuatu yang lain yang tersingkap selain daripada Allah.“
Diulang 10 kali
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah. Tuhan yang memiliki, Tuhan yang haq. Tuhan yang benar (nyata). Muhammad pesuruh Allah, benar segala janjinya lagi dipercayai.“
Diulang 5 kali
Maksudnya: “Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.“
Maksudnya: “Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah.“
Maksudnya: “Kami memohon taubat kepada Mu Ya Allah, Kami kembali kepada Mu Ya Allah, Kami sesungguhnya menyesal atas perbuatan maksiat yang kami lakukan.“
Diulang 3kali.
Maksudnya: “Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan Tuan kami Nabi Muhammad, Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuang Nya.“
Maksudnya: “Telah pun muncullah bulan purnama ataskami, Dengan pujian-pujian (sanjungan) kami mengalu-alukan. Ucapan kesyukuran kami ajukan, Seruan Allahkami serukan.“
Maksudnya: “Selawat Allah ke atas Nabi Muhammad. Selawat Allah ke atasnya beserta salam.“
Diulang 2 kali
◕‿❤ video~. .. zikir penenang hati
~ http://www.youtube.com/watch?v=C9b8k3Pn4oY
No comments:
Post a Comment