Thursday, 7 July 2011

SEGERA BERAMAL SEBELUM TUJUH PERKARA ..........


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
" Segeralah melakukan amal salih sebelum datang tujuh perkara: Adakah engkau hendak menunggu hingga miskin melarat, atau kaya yang melampau, atau sakit yang tenat. atau tua nyanyuk, atau mati mengejut, atau datangnya dajal, itu seburuk-buruk yang ditunggu, atau kiamat. Itu lebih hebat dan dahsyat. "
Riwayat Tarmizi

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menasihatkan supaya segera dalam membuat amal kebajikan. Jangan bertangguh-tangguh.

 
1) Jgn tunggu jatuh miskin. Ketika kaya atau berada, maka segeralah bersedekah, jangan tunggu sampai jadi papa.


2) Jangan tunggu hingga jadi kaya yang lupa daratan.


3) Jangan tunggu sehingga diri jatuh sakit kronik hingga membawa maut, maka tidak sempat berbuat amal salih.


4) Jangan tunggu sehingga tua nyanyuk sehingga tidak tau lagi bilangan harta dan anak-anak. Beramallah semasa badan masih tegap.


5) Jangan tunggu sehingga malaikal maut datang mengejut. Tidak sempat lagi hendak beramal.


6) Jangan tunggu hingga datang dajjal yang merosakkan seluruh umat.


7) Dan janganlah tunggu lagi hingga sampai datang hari kiamat, kerana itu lebih dahsyat dari apa yang disangka dan dari apa yang pernah di lihat.


Segeralah melakukan amal kebajikan sebelum datang tujuh perkara.

No comments:

Post a Comment