1. WARNA HITAM
Menandakan gejala tekanan darah rendah. Pening apabila bangkit terlalu cepat. Selalunya ketika sebaik sahaja bangun dari tidur atau bangun dari membongkok. Cepat rasa letih dan muka kelihatan pucat. Dan ianya ada kaitan dengan kelemahan penguncupan jantung. Oleh kerana terlalu banyak toksin dari oksigen, akhirnya toksin ini akan merosakkan seluruh organ-organ. Ada orang berpendapat, tekanan darah rendah ini tidak merbahaya. Sebenarnya ianya lebih merbahaya dari penyakit tekanan darah tinggi.
2. WARNA COKELAT
Ianya berkaitan dengan masalah kulit atau pun alahan. Terjadinya tompok-tompok merah. Kulit terasa gatal dan sakit. Termasuk juga semua jenis masalah kulit. Seperti muka berjerawat, kayap, kudis, ekzema, kurap, panau, kelemumur dan sebagainya. Bukannya mudah untuk mengatasi masalah kulit ini. Kerana ada banyak sebab yang perlu dikaji. Biasanya ia berkaitan dengan darah yang kotor. Berdasarkan pengalaman saya. Penyakit kulit ini berpunca dari kegagalan fungsi organ hati. Seperti mana yang kita ketahui hati bertindak sebagai agen penapis segala kekotoran dalam tubuh kita. Ia akan mengeluarkan segala kekotoran berupa najis, peluh, air kencing, bersin dan sebagainya melalui proses perkumuhan semulajadi. Tetapi apabila terlalu banyak toksin yang terkumpul dan menjadi beban pada tugas hati ini. Akhirnya ia gagal untuk berfungsi mengeluarkan kekotoran ini melalui sistem perkumuhan semulajadi. Maka dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti bisul, kudis, kayap, kurap, jerawat dan sebagainya.
3. WARNA BIRU
Perjalanan darah tidak lancar. Akibat daripada pengumpulan toksin di saluran darah. Badan selalu rasa sejuk yang amat sangat. Terutama diwaktu pagi ketika mandi atau waktu hujan turun.
4. WARNA PUTIH.
Irisnya menunjukkan ada tanda yang disebut sebagai 'Sodium Ring' ( calsium ring atau salt ring). Ini menunjukkan proses penimbunan atau pengerasan sedang berlaku di dalam sirkulasi apabila campuran kalsium atau kolestrol mendap pada dinding salur darah utama dan kecil. Sekiranya mendapan ini bertambah, tentulah jantung mesti bekerja lebih keras demi memastikan sistem berfungsi. Kesannya pesakit tersebut mudah mendapat kekejangan, keletihan dan sakit-sakit pada bahagian tertentu tubuh bila mana dia bergerak. Alamat seperti ini menunjukkan sesuatu harus dilakukan ke atas sistem salur darah sebelum simptom yang lebih serius berlaku. Lebih-lebih lagi apa tangan dan kaki mula terasa kebas-kebas. Ini menandakan seseorang itu akan menghadapi masalah lumpuh atau mati sebelah badan jika lambat bertindak untuk membuang kolestrol. Inilah kelebihan iridolgis dapat menganalisis lebih awal lagi tahap kesihatan seseorang. Agar dapat bertindak sebelum terlambat.
5. WARNA UNGU.
Berkaitan dengan pembuluh darah atau urat menjadi bengkak. Akibat daripada pengumpulan racun yang tinggi menghalang perjalanan darah di pembuluh dan urat-urat saraf. Kita boleh lihat dengan jelas lagi apabila urat-urat berwarna biru atau hitam timbul disekitar kulit kita. terutama dikawasan betis kaki.
6. BENTUK BULAN SABIT
Antara jam 11.00 hingga jam 1.00. Menandakan mudah pelupa atau nyanyuk. Berkaitan dengan faktor usia yang sudah lanjut. Daya ingatan yang kurang bagus.
Jika terdapat di antara jam 11.00 hingga 1.00 dan jam 5.00 hingga 7.00. ini menandakan masalah Anemia iaitu kekurangan darah.
7. GARISAN KUNING
Ia berkaitan dengan masalah lebihan asid dalam darah. Badan selalu rasa panas. Kaki mulai rasa bisa-bisa. Perut selalu rasa kurang selesa terutama selepas sarapan pagi. Jika dibiarkan berlarutan akan menghadapi masalah gout.
8. GARISAN LEKUK.
Ia berkaitan dengan masalah stress. Akibat daripada beban ditempat kerja, rumahtangga, kesesakan lalulintas juga berkaitan. Terutama mereka yang tinggal di pusat-pusat bandar.
9. LEKUK ATAU LUBANG.
Dimana terdapat tanda-tanda berlekuk atau berlubang. Maka organ itulah yang bermasalah. Lagi besar lekuknya maka lagi kroniklah masalah yang dihadapi.
10. WARNA GELAP ATAU KELAM.
JIka anak mata kelihatan gelap atau pun nampak kelam sahaja. Ini menandakan ia tinggal dikawasan yang tinggi kadar pencemarannya. Atau pun terlalu lama mengamalkan ubat-ubat yang berunsurkan dadah.11. COKELAT KEMERAH-MERAHAN.
Ianya berhampiran disekeliling anak mata. Menandakan daya serapan usus kecil kurang bagus. Akibatnya sistem pembuangan najisnya kurang bagus.12. BENTUK SIKU KELUANG.
Ianya menandakan sarafnya bermasalah. Samada sarat tunjang atau saraf dari punggung hingga ke kaki. Diwaktu malam merasa sakit atau bisa yang amat sangat.
13. PERUT TERLEBIH AKTIF.
Kita boleh tanda usus semakin mengecil di sekeliling anak mata. Ini akibat terlalu banyak asid di kawasan perut. Ianya mengganggu sistem pencernaan.
14. KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN.
Jika terlalu banyak tanda lekuk atau lubang. Hingga sukar untuk mengenal pasti atau analisis. Mungkin disebabkan pernah mengalami kemalangan atau kecederaan yang teruk.
No comments:
Post a Comment